Monday, 14 March 2016

Imgresen dan Aspek Perundangan



8. Imgresen dan Aspek Perundangan

Selain daripada kesalahan tidak memiliki pasport atau pas lawatan yang sah dan tinggal lebih masa, kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial juga merupakan kesalahan yang sering dihadapkan ke mahkamah.
Contoh mudah macam ni lah, ada pas lawatan sosial (kira melanconglah senang cite)...tetapi pergi jadi pembantu kedai makan.
Atau pas kerja sementara di syarikat A, tetapi buat kerja part time jadi jaga di syarikat B (dua kerja satu masa tak boleh, orang Malaysia je boleh hehehe.. )
Orang yang menggaji orang itu akan dikenakan hukuman dan ‘pelancong’ tersebut turut dikenakan hukuman.
“Pelancong” tersebut akan dihadapkan dengan pertuduhan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan Imgresen 1963 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM1000 atau kedua-duanya.
Apa yang menjadi cabaran untuk kesalahan seperti ini ianya pada hakikatnya agak ringan dari satu aspek.
Satu lagi aspek, contohnya kesalahan berkaitan dengan pelacuran turut dihadapkan dengan pertuduhan di bawah Peraturan 39 (b). Dari segi membuktikan wujudnya kesalahan salah guna pas lawatan sosial kerana melakukan aktviti pelacuran, sememangnya satu cabaran besar, kecuali ada ‘pelanggan’ yang sudi bekerjasama (jika ada) atau pihak Imgresen sendiri menyamar menjadi pelanggan.

Inilah dilemmanya....

ps: Banyak lagi hal-hal berkaitan imgresen yang kita sendiri perlu cakna tentangnya, nanti saya tulis lagi, insya-Allah.


No comments:

Post a Comment