Salam tengahari
Kes-kes berkaitan jual beli hartanah (Part 1)
Ada banyak buku mahupun ceramah yang berkaitan dengan
keadaan topik ini, tulisan ini sekadar mengingatkan semula (refresh) mahupun
sebagai penambahan (jika ada).
Ada keadaan di mana kes orang kampung (sama ada mak ayah
kita, sedara, jiran etc) yang jual beli tanah mereka sekadar memadai dengan
menunjukkan geran asal. Bagi duit, kira selesai.
Tahu atau tidak apakah kesilapan paling mudah di situ??
Pembeli..
Kenapa,? Penjual boleh jika dia mahu, membuat laporan ke
Pejabat Tanah mengatakan gerannya hilang, Pejabat Tanah berkenaan senang-senang
keluarkan geran baru...Tadaa...
Pembeli itu memang boleh buat laporan polis dan saman
penjual, tetapi itu cerita jadi lebih panjang lah jawabnya, kena turun naik
mahkamah...
Moral: Sebaik-baiknya ambil lah peguam yang bertauliah yang
membolehkan urusan jual beli hartanah ini menjadi lebih sempurna..ini belum
mengira lagi kalau tanah tersebut dah ada kaveat etc, lagi pening kepala, nak
kena buat permohonan untuk mengeluarkan kaveat lagi. (Kaveat= permohonan yang
dimasukkan oleh pihak yang ada kepentingan pada tanah tersebut yang menghalang
mana-mana pihak untuk membuat urusan seperti jual beli dan cagaran pada tanah
tersebut tanpa makluman kepada orang yang memasukkan kaveat).
Berkaitan dengan pembelian rumah lelong pula...antara
perkara penting yang perlu diambil kira adalah antara lain
-jangan sesekali membida tanpa melihat keadaan sebenar rumah
lelong itu, bukan bergantung kepada lihat gambar semata-mata..WAJIB site visit,
tengok tanah/rumah itu, kalau tempat itu bersebelahan dengan tempat kumbahan
(contoh)...adoii jemmm bohhh..
-ada keadaan kita hendak membida tanah/rumah tersebut sudah
berpenghuni dengan setinggan..adoii ini 20 kali lagi jemmm...nak halau penghuni
setinggan ni lagi sakit kepala, kos lagi nak halau, kalau degil nak dapat
perintah mahkamah lagi, etc etc
Sebenarnya ada banyak lagi yang berkaitan dengan aspek-aspek
jual beli hartanah, saya hanya menceritakan sedikit sahaja, mungkin 5% sahaja
daripada banyak lagi aspek yang perlu diketahui sebab tu saya bubuh Part 1
hehehe..
Sebaik-baiknya kena lah ada ilmu, ambil lah peguam yang
berkelayakan, ini untuk menjaga kepentingan anda sendiri..
No comments:
Post a Comment