Perkara-perkara yang mungkin terlepas pandang semasa
kemalangan
Tulisan berkenaan dengan perkara ini mungkin telah ditulis
banyak kali di dalam banyak blog sebelum ini, jika ada, ianya mungkin sebagai
ingatan atau pengulangan sahaja (refresh)
Sekiranya kemalangan diri sendiri, tidak melibatkan sesiapa,
mudah sikit, ianya mudah sikit, kalau rosak teruk, memang kena buat laporan
polis untuk claim insurans (ini perkara biasa)
Yang menjadi permasalahan, jika kemalangan melibatkan pihak
ketiga, perkara pertama WAJIB buat laporan polis dalam masa 24 jam, jika
kemalangan berlaku di tengah jalan, jika kenderaan dapat dialihkan, lebih baik
alih nak elakkan jem..ada pandangan kononnya kalau kemalangan kena tunggu polis
trafik datang tengok baru alih kenderaan (ini salah)
Berkaitan dengan laporan polis pula, fakta-fakta penting semasa
kemalangan itu hendaklah dicatitkan di dalam laporan polis tersebut. (Sudah
tentu nombor plat kenderaan kenderaan yang berlanggar itu kena ingat.) Bila
buat laporan polis, jangan gelabah, anda boleh catitkan di dalam kertas kosong
dahulu, senang nak masukkan di dalam laporan nanti. Rilex-rilex je..
Malah, selepas membuat laporan polis, jika ada fakta penting
yang kita mungkin terlupa nak masukkan, kita boleh buat laporan polis kedua,
ini dipanggil laporan pembetulan (tetapi nilai dari segi keterangan (weight of
evidence) mungkin akan berkurangan bila kes pergi bicara, khasnya jika laporan
pembetulan itu dibuat terlalu lewat.
Tidak perlu nak bayar apa2 duit ubat atau sebagainya dalam
kes kemalangan ini, kononnya dengan harapan pihak yang berkenaan tidak membuat
laporan polis. Ada keadaan di mana kononnya si A sudah membayar ‘duit ubat’
kepada si B, tetapi si B tetap membuat laporan polis. Jadi tak boleh halang,
kalau nak bagi juga, kira sedekah lah tu....hehehe
Selain itu, tuntutan untuk kehilangan penggunaan kenderaan
kita (lost of used of our car) boleh
juga dituntut daripada pihak insurans yang kita tuntut, tetapi dari segi tempoh
masa itu bergantung kepada tempoh pembaikan yang dicadangkan oleh pihak
adjuster..
Macam biasa segala mak nenek resit yang berkaitan dengan
kemalangan, sila simpan elok2, senang nak buat claim dengan insurans di
kemudian hari.
Akhir kata, bagi kes2 kemalangan yang mana dipertikaikan
oleh pihak insurans, mahkamah yang akan memberikan kata putus siapa yang
bersalah. Bukan orang tepi jalan, bukan A, bukan B hehe..Hasil siasatan pihak
pegawai penyiasat trafik hanyalah membantu mahkamah sahaja. Ada keadaan di mana
Plaintif (pihak yang menyaman) tidak dapat apa-apa gantirugi langsung dalam kes
kemalangan..
No comments:
Post a Comment