Friday, 26 February 2016

Nota hari Jumaat:

Topik: Penyerahan writ saman

Writ saman adalah dokumen yang digunakan oleh Plaintif (orang yang menyaman) apabila memulakan tindakan terhadap Defendan (orang kena saman) di mahkamah
Writ saman perlu diserahkan kepada Defendan untuk membolehkan dia hadir di mahkamah sama ada untuk mengaku atau mempertikaikan saman tersebut.
Secara asasnya ada dua kaedah (ini secara am..) untuk menyerahkan saman tersebut, 1. Secara serahan kediri (direct to Defendant) atau 2. Secara pos akuan terima AR.
Adalah satu persepsi yang salah apabila ada tanggapan Defendan perlu menandatangani writ saman tersebut apabila diserahkan secara kediri. Memadai jika penghantar saman tersebut menyerahkan kepada orang yang sebenar dan di dalam afidavit penyampaian (afidavit= dokumen yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah dan difailkan di mahkamah) menyatakan Defendan menerima saman tersebut tetapi enggan menandatangani di belakang saman sebagai bukti penerimaan. Ini bermaksud dia sedar ada satu notis dibawa kepada perhatiannya bahawa satu tindakan mahkamah dimulakan terhadapnya.
Bagaimana jika Defendan menghalau kita (saya guna perkataan "kita" sebab saya sendiri masa chambering ada pengalaman pernah kena halau hehehe) dan menyatakan, balik-balik, saya sudah settle dengan bank!
Cara yang mudah...campakkan saman ke muka dia, dan terus cabut
ps: cara ni kena ready dengan moto, enjin panas siap-siap untuk sebarang kemungkinan...

4 comments: