Santai hujung minggu...
Tajuk: Sejauh manakah perjanjian antara kedua individu mengikat pihak bank? (kes kenderaan belum habis bayar).
Saya pernah buat posting perkara ini di dalam FB sebelum ini, kiranya ini untuk refresh balik..
1.
Adakah perjanjian tersebut mengikat pihak bank?
2.
Adakah orang yang menjual kenderaan, contohnya Ali
menjual kepada Kareem, Ali sudah tidak perlu membayar bayaran bulanan kenderaan
tersebut?
Jika tidak, apakah yang patut Ali lakukan jika kenderaan tersebut telah terjual kepada Kareem?
Jawapan saya...
Adakah perjanjian tersebut mengikat pihak bank?
Jawapan: Tidak sama sekali, walaupun perjanjian tersebut distemkan, ada saksi-saksi, jangan terfikir nak buat langsung, jangan cuba-cuba ya...
Sebab: Kenderaan tersebut masih atas nama bank sebagai tuanpunya kenderaan itu. Jika Kareem tidak membayar ansuran bulanan, sudah tentu yang akan kena bahana Ali, silap-silap boleh bankrap, so hati-hati ye...Makna kata perjanjian itu tidak sah.
Cadangan: Jika Ali memang teringin hendak menjual kenderaan itu juga, sila berhubung kembali dengan pihak bank berkenaan di mana dia buat loan, bawa sekali Kareem, Kareem akan buat loan balik (jika dia layak), baru kepala tidak pening.
Oleh itu, sama ada anda hendak menjual kepada car dealer atau kepada kawan-kawan, apa yang penting, mesti maklum kepada pihak bank. Pastikan juga car dealer buat full settlement kepada bank asal di mana pinjaman kenderaan itu dibuat bila kenderaan itu dijual. Kalau tidak...kes naya...
Sebahagian daripada kes-kes yang terdapat di mahkamah adalah kes seperti senario di atas, jadi diharap rakan semua tidak menjadi sebahagian daripadanya..
Faham tak?
No comments:
Post a Comment