Salam Isnin 29.2.2016 (tarikh yang mana kita akan temui kembali 4 tahun lagi dari sekarang, insya-Allah)
3. Bolehkah saksi tidak hadir di mahkamah bila disapinakan??
Tajuk di atas sebenarnya ada kaitan dengan tajuk di dalam blog saya. Antara alasan yang biasanya saksi berikan apabila tidak hadir di mahkamah, adalah mendapat cuti sakit.
Bagi yang belum tahu, sapina= satu dokumen yang terdapat perintah termeterai mahkamah
menyatakan tarikh, masa dan tempat mahkamah di mana perbicaraan
ditetapkan..
Untuk mana-mana kes
khasnya kes jenayah, kita akan dikehendaki hadir ke mahkamah apabila
menerima satu dokumen (dikenali sbg sapina)..Kegagalan untuk hadir boleh
mengakibatkan waran tangkap dikeluarkan terhadap anda dan anda boleh
dituduh atas pertuduhan jenayah kerana engkar perintah mahkamah (boleh
duduk sebelah orang kena tuduh di kandang..hehehe)
Jika kita
memberikan alasan tidak dapat hadir di mahkamah kerana sakit, hakim @
majistret berkenaan boleh menolak MC tersebut jika MC tersebut tidak
mengikut peraturan yg ditetapkan..
Bagaimana MC yg sepatutnya?
MC yang sepatutnya yang mengecualikan seseorang tidak perlu hadir adalah dengan satu borang yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan di bawah Borang 14, Seksyen 24A, Peraturan Perubatan 1974 (bukan Seksyen 2, Shah Alam ye hehehe).
Borang ini akan diisi oleh pegawai perubatan yang berkelayakan,
Kalau korang perasan, bila dapat MC biasa, cuba tengok kat MC tu, biasanya dia tulis this medical certificate is not valid for court attendance..
Tetapi ada keadaan mahkamah benarkan juga sijil cuti sakit itu diterima pakai, kerana kuasa untuk menangguhkan sesuatu kes itu adalah bergantung sepenuhnya kepada budibcara pegawai kehakiman tersebut.
Ok, semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment