Monday, 10 February 2020

Tips Untuk Melancong ke Thailand menggunakan jalan darat

Salam, lama betul saya tak menjenguk blog ni, nak berabuk dah..hehe..

Kali ni saya nak menulis tentang pengalaman saya memandu kenderaan ke Thailand menggunakan jalan darat. Sedikit tips jika melancong ke Thailand menggunakan kenderaan sendiri (melalui Bukit Kayu Hitam). Setiap orang pengalaman berbeza, semoga ada manfaat, InsyaAllah..


1. Isi minyak tangki penuh, Stesen minyak terakhir sebelum masuk sempadan adalah Stesen Caltex.

2. Untuk tidak membuang masa, saya biasanya WhatsApp butir2 yg perlu kpd ejen insurance yg biasa saya berurusan, sehari sebelum pergi, jadi masa saya pergi pagi itu, masa sampai, terus sign dokumen2 yg perlu, bayar dan teruskan perjalanan masuk.

4. Kena ada salinan geran masa di Kastam Thai. Kalau kereta bukan atas nama pemandu, kena ada surat kebenaran dari pemilik asal (dalam Bahasa Inggeris)

5. Beli sim card di Danok, lebih kurang rm28 utk 20gb, utk seminggu, boleh simpan simkad dan diguna balik, jika pergi lagi dlm masa terdekat (Difahamkan boleh juga beli simkad di apps shoppee, lebih murah, nanti saya try buat)

6. Tuk tuk jika nak guna di Bandar Hadyai, kena pandai tawar menawar, sentiasa compare dgn harga grab.





7. Di Hadyai, saya biasa duk di Regency, sebab parking senang dan dekat dgn pelbagai tempat menarik, Lee Garden Night Market, Kim Yong Market etc.

8. Updated: Lebuhraya mereka biasanya ada pusingan U, so hati2.. Kadangkala ada juga orang atau motosikal melintas di highway..

Thursday, 21 April 2016

Kita dan Cukai Pendapatan



Kita dan Cukai Pendapatan


Salam sejahtera semua, agak lama tidak menulis di dalam blog ini akibat kesuntukan masa. Kali ini nak share tentang perkara yang mungkin kita terlepas pandang. Ada beberapa perkara berkenaan dengan cukai pendapatan yang kita harus tahu, khasnya yang bekerja gomen atau bekerja dengan orang (swasta lah..senang cite)...
Sebelum itu, saya ingin memperbetulkan persepsi....
1.       Encik, saya sudah buat Potongan Cukai Berjadual (PCB), jadi saya tak perlulah nak peduli atau risau tentang cukai pendapatan.
Jawapan: Opps sorry ye , dah buat PCB bukan bermakna anda sudah terlepas daripada tanggungjawab untuk menghantar Borang Cukai Pendapatan kepada LHDN. Tanggungjawab masih tetap wujud, Cuma ianya taklah teruk sangat daripada tidak hantar borang langsung dan tidak buat PCB, itu memang nak kena dengan LHDN, kalau gaji memang dah tahap wajib bayar cukai...
Seperti yang kita maklum, tarikh untuk hantar Borang BE adalah pada atau sebelum 30.4.2016 setiap tahun, nak mudah guna e filing. Cepat dan ringkas.
2.        Saya dah bayar zakat je, buat apa nak bayar cukai?

Jawapan: Membayar zakat (khasnya apabila sudah cukup syarat2nya) memang sesuatu perkara yang baik dan dituntut di sisi Islam. Tetapi ini bukan bermakna, tangungjawab untuk membayar cukai itu terlepas. Cuma tinggal lagi jika kita membayar zakat, bayaran zakat itu boleh dipotong terus daripada jumlah cukai yang patut kita bayar.
Selain perkara itu, ada pelbagai tips untuk mengurangkan cukai yg kebanyakan orang mungkin sudah tahu, tetapi tak salah untuk share...
1.       Ambil peluang untuk tahu apa potongan cukai yang boleh kita tuntut sepanjang tahun tersebut.
2.       Antara perkara lazim adalah resit pembelian buku (tak lebih RM1000), pemeriksaan kesihatan penuh, peralatan sukan, insurans, etc.
3.       Simpan semua resit tersebut dalam tempoh sekurang-kurangnya 7 tahun (buat sistem filing)
       ruj: Seksyen 82 Akta Cukai Pendapatan
 

Saya sendiri ada pengalaman di mana isteri saya telah menerima surat bertajuk Semakan Khas Laporan Pendapatan & Pelepasan Taksiran  tahun 2013 dan surat itu telah dihantar pada tahun 2015. Memang agak panik pada mulanya..Alhamdulilah mujurlah saya sudah membuat filing untuk kami berdua secara tersusun mengikut tahun dari mula bekerja sehingga sekarang...
               
Ringkasnya, kena hantar Borang BE, setiap tahun tanpa gagal (biasa mula buka dari 1hb Mac sehingga 30.4) setiap tahun...simpan semua resit, optimakan semua potongan yang dikemukakan oleh kerajaan, jangan lari dari cukai, hakikatnya LHDN masih boleh cari, korek dan sebagainya sehingga tahap 7 tahun kebelakangan...INGAT ITU..SEMOGA sedikit ilmu ini bermanfaat, insya-Allah.

Monday, 14 March 2016

Imgresen dan Aspek Perundangan



8. Imgresen dan Aspek Perundangan

Selain daripada kesalahan tidak memiliki pasport atau pas lawatan yang sah dan tinggal lebih masa, kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial juga merupakan kesalahan yang sering dihadapkan ke mahkamah.
Contoh mudah macam ni lah, ada pas lawatan sosial (kira melanconglah senang cite)...tetapi pergi jadi pembantu kedai makan.
Atau pas kerja sementara di syarikat A, tetapi buat kerja part time jadi jaga di syarikat B (dua kerja satu masa tak boleh, orang Malaysia je boleh hehehe.. )
Orang yang menggaji orang itu akan dikenakan hukuman dan ‘pelancong’ tersebut turut dikenakan hukuman.
“Pelancong” tersebut akan dihadapkan dengan pertuduhan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan Imgresen 1963 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM1000 atau kedua-duanya.
Apa yang menjadi cabaran untuk kesalahan seperti ini ianya pada hakikatnya agak ringan dari satu aspek.
Satu lagi aspek, contohnya kesalahan berkaitan dengan pelacuran turut dihadapkan dengan pertuduhan di bawah Peraturan 39 (b). Dari segi membuktikan wujudnya kesalahan salah guna pas lawatan sosial kerana melakukan aktviti pelacuran, sememangnya satu cabaran besar, kecuali ada ‘pelanggan’ yang sudi bekerjasama (jika ada) atau pihak Imgresen sendiri menyamar menjadi pelanggan.

Inilah dilemmanya....

ps: Banyak lagi hal-hal berkaitan imgresen yang kita sendiri perlu cakna tentangnya, nanti saya tulis lagi, insya-Allah.