Kita dan Cukai Pendapatan
Salam sejahtera semua, agak lama tidak menulis di dalam blog ini akibat kesuntukan masa. Kali ini nak share tentang perkara yang mungkin kita terlepas pandang. Ada beberapa perkara berkenaan dengan cukai pendapatan yang
kita harus tahu, khasnya yang bekerja gomen atau bekerja dengan orang (swasta
lah..senang cite)...
Sebelum itu, saya ingin memperbetulkan persepsi....
1.
Encik, saya sudah buat Potongan Cukai Berjadual (PCB),
jadi saya tak perlulah nak peduli atau risau tentang cukai pendapatan.
Jawapan:
Opps sorry ye , dah buat PCB bukan bermakna anda sudah terlepas daripada
tanggungjawab untuk menghantar Borang Cukai Pendapatan kepada LHDN.
Tanggungjawab masih tetap wujud, Cuma ianya taklah teruk sangat daripada tidak
hantar borang langsung dan tidak buat PCB, itu memang nak kena dengan LHDN, kalau
gaji memang dah tahap wajib bayar cukai...
Seperti
yang kita maklum, tarikh untuk hantar Borang BE adalah pada atau sebelum
30.4.2016 setiap tahun, nak mudah guna e filing. Cepat dan ringkas.
2. Saya dah bayar zakat je, buat apa nak bayar
cukai?
Jawapan:
Membayar zakat (khasnya apabila sudah cukup syarat2nya) memang sesuatu perkara
yang baik dan dituntut di sisi Islam. Tetapi ini bukan bermakna, tangungjawab
untuk membayar cukai itu terlepas. Cuma tinggal lagi jika kita membayar zakat,
bayaran zakat itu boleh dipotong terus daripada jumlah cukai yang patut kita
bayar.
Selain
perkara itu, ada pelbagai tips untuk mengurangkan cukai yg kebanyakan orang mungkin
sudah tahu, tetapi tak salah untuk share...
1.
Ambil peluang untuk tahu apa potongan cukai yang
boleh kita tuntut sepanjang tahun tersebut.
2.
Antara perkara lazim adalah resit pembelian buku
(tak lebih RM1000), pemeriksaan kesihatan penuh, peralatan sukan, insurans,
etc.
3.
Simpan semua resit tersebut dalam tempoh
sekurang-kurangnya 7 tahun (buat sistem filing)
ruj: Seksyen 82 Akta Cukai
Pendapatan
Saya
sendiri ada pengalaman di mana isteri saya telah menerima surat bertajuk
Semakan Khas Laporan Pendapatan & Pelepasan Taksiran tahun 2013 dan surat itu telah dihantar pada tahun
2015. Memang agak panik pada mulanya..Alhamdulilah mujurlah saya sudah membuat
filing untuk kami berdua secara tersusun mengikut tahun dari mula bekerja
sehingga sekarang...
Ringkasnya,
kena hantar Borang BE, setiap tahun tanpa gagal (biasa mula buka dari 1hb Mac
sehingga 30.4) setiap tahun...simpan semua resit, optimakan semua potongan yang
dikemukakan oleh kerajaan, jangan lari dari cukai, hakikatnya LHDN masih boleh
cari, korek dan sebagainya sehingga tahap 7 tahun kebelakangan...INGAT
ITU..SEMOGA sedikit ilmu ini bermanfaat, insya-Allah.